Thursday, October 13, 2022

Perbahasan RUU Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Video here: https://fb.watch/g70LgaTrYQ/

Perbahasan Rang Undang-Undang pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada 5 Oktober 2022.

Saya turut ingin menyertai perbahasan rang undang-undang pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Saya baca tentang pindaan ini dan didapati bahawa telah ada beberapa peningkatan penalti minimum, maksimum hukuman penjara mandatori antara beberapa seksyen.

Pokoknya, walaupun kita tingkatkan penalti tersebut dengan hukuman penjara mandatori, apa yang penting ialah pelaksanaan terhadap undang-undang ini. Saya bagi satu contoh. Tiga bulan lalu, bulan Julai telah berlaku banjir di kawasan Baling. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menerbitkan Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing 2022 di Sungai Kupang, Baling Kedah.
Saya membangkitkan isu ini kerana terdapat satu clear evidence, keterangan yang sangat jelas. Pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekitar iaitu apabila EIA telah dibuat ialah untuk menggantikan dengan Timber Latex Clone Forest Farm pada Gunung Inas.
Akan tetapi ditebang dijadikan pokok durian musang king. Satu pelanggaran terhadap Environmental Impact and Assessment Report (EIA). Tiga bulan selepas banjir tersebut, kita pun tidak dengar apa-apa pendakwaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar
Saya bangkitkan isu ini kerana pembalakan di Gunung Inas, Baling menyebabkan banjir lumpur bukan sahaja di sungai-sungai hilir, dari Baling sampai ke Sungai Muda yang menjadi sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang. Akibat banjir puing di Baling tersebut, Pulau Pinang terjejas. Ada ratusan ribu penduduk terputus air. Ada satu hari, ada dua hari, ada yang sangat teruk sampai enam hari.
Oleh itu apa yang berlaku di Baling juga akan menjejaskan negeri Pulau Pinang kerana 90 peratus daripada air mentah kita, bergantung kepada tapisan air dari Sungai Muda dan tiada pendakwaan terhadap lelanggaran akta. Saya minta satu status update berkenaan kes ini.
Saya lihat bahawa ada penalti dan memperkukuhkan penruntukan berkaitan pembakaran terbuka dengan penalti kalau seksyen 32, seksyen 37, seksyen 41, seksyen 48A dengan denda minimum RM5,000 sehingga RM10 juta.
Saya minta juga apakah guidance. Apakah rujukan kepada mahkamah dengan range begitu besar RM5,000 sampai RM10 juta dan sama ada, ada panduan kepada pihak sistem kehakiman, kerana kalau kita lihat sebelum ini, kalau berlaku seperti waktu dahulu Sungai Kim Kim, dilaporkan usaha pembersihan RM6.4 juta.
Kalau berlaku seksyen 27, melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang. Waktu dahulu pada tahun 2017, ada kes RM24 juta dibelanjakan untuk membersihkan tumpahan minyak pada tahun 2017.
Persoalan saya ialah kalau tumpahan berlaku dalam perairan Malaysia. Kos yang terlibat bukan sahaja usaha untuk pembersihan. Kos yang terlibat juga termasuk juga pampasan perlu dibuat kepada nelayan kerana hilang mata pencarian, kalau usaha pembersihan berminggu-minggu, berbulan-bulan. Maka nelayan akan terjejas, mata pencarian akan terjejas dan pampasan itu juga perlu dimasukkan dalam kiraan kos pembersihan.
Begitu juga dengan hotel-hotel. Kalau tumpahan minyak di luar pantai perairan Malaysia menyebabkan hotel-hotel operator terpaksa tutup operasi mereka untuk berbulan- bulan kerana ada minyak dekat luar pantai dan ini juga perlu ada satu bentuk pampasan.
Oleh itu saya hendak tanya bagaimana dengan had RM10 juta sahaja. Bagaimana dapat memenuhi kos-kos pembersihan pantai akibat tumpahan minyak. Sila jelaskan international treaty yang kita tandatangani, sama ada terdapat ataupun insurans antarabangsa yang kita telah tandatangani.
Sama ada boleh kita dapat balik supaya kerosakan ke atas alam sekitar yang tadi Sungai Kim Kim di tepi pantai. Tumpahan minyak yang bukan untuk puluhan ribu sahaja, berjuta-berjuta. Berjuta-juta, bukan sahaja pembersihan tetapi menyebabkan mata pencarian nelayan, hotel operator akan terjejas.
Saya meminta skema, skema pampasan itu. Bagaimana dari segi pendedahan denda oleh mahkamah yang tidak mencukupi untuk kerja-kerja pembersihan dan pampasan kepada stakeholders.
Di sebut juga seksyen 34B, larangan terhadap penempatan peletakan buangan terjadual. Seperti kita tahu juga RM10 juta. Sebenarnya kita perlu juga menubuhkan Environmental Audit Committee iaitu Jawatankuasa Audit Alam Sekitar kerana kita lihat bahawa perkara-perkara ini boleh kita membuat detection dengan lebih awal.
Ada syarikat yang sepatutnya diperlukan undang-undang menghantar buangan terjadual ini kepada tapak-tapak pelupusan, berapa keluaran dia kemudian kena hantar ke berapa kuantitinya.
Akan tetapi apabila tidak dibuat, kita boleh buat early detection. Sampai sekarang kita tidak ada satu sistem early detection oleh Jabatan Alam Sekitar supaya perkara-perkara ini dapat ditemui dengan lebih awal dan dapat diusahakan.
Saya juga melihat kepada- ada improvement ataupun penambahbaikan dari segi larangan atas pembakaran terbuka seksyen 29A dengan definisi yang baharu, dengan satu denda harian. Saya alu-alukan ini kerana kita memang ada individu ataupun pihak-pihak perniagaan yang degil, yang terpaksa kita mengenakan denda harian. Satu hari denda harian RM5,000 kerana kalau berpanjangan sejak berbulan-bulan, itulah perlu di kira dari segi denda harian.
Sebenarnya saya lihat Akta Kualiti Alam Sekitar yang dipinda ini is a long overdue tetapi perlu ada penjelasan.
Satu seksyen lagi fasal 25, yang meminda seksyen 45. Sebelum ini Pegawai Jabatan Alam Sekitar boleh mengeluarkan kompaun apabila terdapat kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar. Boleh menawarkan kompaun- dikeluarkan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar.
Akan tetapi di bawah pindaan ini, semua tawaran kompaun perlu mendapat keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya terlebih dahulu. Itu satu yang luar biasa kerana sebelum ini Pegawai JAS boleh mengeluarkan kompaun. Ini menambahkan birokrasi lagi.
Cadangan saya supaya bahawa kita mungkin hadkan amaun-amaun tertentu. Amaun-amaun yang kecil. Pegawai boleh menawarkan kompaun. Hanya amaun yang besar beratus ribu, sampai berjuta baru perlu kelulusan Pendakwa Raya.
Kita tidak mahu bahawa Pegawai JAS lambat daripada segi penguatkuasaan, lambat daripada segi kerana menunggu keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya. Sebelum ini tawaran kompaun boleh dibuat oleh Pegawai JAS, dan ini perlu mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan yang saya telah bangkitkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments: